"R.I.P EDDIE & MALAYSIA TRIP 2009/2010 CONT - VIDEOS PART 6"

Last year my B.I.L ada beli dog bah. Waktu dia beli ni dog kan dia tidak kasih tahu siapa siapa termasuk lah my M.I.L. Sepatutnya dia mesti kasih tahu his mom bah tu sebab dia ni masih lagi tinggal sama mama dia. Lain lah kalau dia tinggal di rumah sendiri kan. Ini tidak. Satu hari tu waktu dia balik dari kerja kan, dia bawah ni dog pulang, my M.I.L pun terkejut sampai tidak dapat cakap apa apa bah. My B.I.L cakap, nah ni dog baru saya, tu saja. Kesian juga my M.I.L.

Anyway, semenjak dorang ada dog ni kan, banyak orang tidak mahu lawat dorang sudah. Termasuk lah kami, ini pun di sebab kan tu dog lah. You tahu tu dog kan ganas betul sama kuat mengigit orang, sama kalau tu dog nampak orang kan bising betul, gaya tu pun macam mahu terjang orang oh, saya pun takut. Waktu yang baru baru my B.I.L beli ni dog kan kami ada pigi lawat dorang, my hubby sudah kasih tahu yang dia ni ada allergic dengan dog tapi my B.I.L tidak peduli, dia bilang ah ni dog saya bah dia bilang. Bah, betul juga lah kan. Tapi my hubby say sekurang kurangnya boleh kah kasih masuk tu dog di cage dia. Sebab my kids pun takut betul tu dengan ni dog. Tapi my B.I.L bilang ah tidak apa bah tu, nah sekali tu dog nampak my boys kan aduhhhh saya bilang, tu dog terkam my lil boy, tu dog gigit dia punya tangan tapi tidak lah sampai berdarah ada bekas sikit saja. Terus my hubby marah betul, dia bilang nah kan saya sudah kasih tahu kau kasih masuk tu dog di cage dia sama kau pun tahu kan yang ni dog ni terlampau ganas. You tahu apa my B.I.L and M.I.L cakap, ah...tidak apa bah tu mana ada dia gigit dia(dog) lumpat saja bah tu. My lil boy bilang tu dog gigit saya, balik balik lagi tu dia cakap. Sama kami semua nampak bah di depan mata tapi tidak juga dorang percaya. Yang bikin meradang kan my B.I.L kasih salah my boys lah pulak, dia bilang nah tu lah your boys ni berlari lari sini sana. My hubby punya lah marah, my hubby say memang lah dorang lari sini sana sebab tu dog mahu bubut dorang hahaha. Nah dari sana kami tidak pigi sudah, well pigi juga lah tapi tidak selalu sudah.

Sekali lama kelamahan tu my hubby dengar cerita dari my S.I.L yang jarang sudah orang lawat dorang. Sebab rupa rupanya ni dog ni sudah serang banyak orang. Dia bilang My M.I.L friends pun kena terkam sikit lagi kena gigit. Yang teruk lah my hubby niece kena gigit di ibu jari sampai tembus tu dog punya gigi di kuku dia, kau imagine lah. Terus kena bawah pigi klinic. Ini pun my B.I.L and my M.I.L cakap ah tidak teruk bah tu. Adakah cakap begitu. Macam dorang ambil tu dog sidebah hahahah. Saya faham juga bah tu dorang terlampau sayang sama ni dog, tu lah dorang pun sampai buta sudah tidak nampak keburukan ni dog tu lah tu apa saja salah ni dog, ok saja di mata dorang. Nah ada lagi tu hari my M.I.L bawah ni dog pigi keluar jalan jalan, nah tu dog nampak ni postman, apa lagi terus tu dog lari pigi terkam tu postman bah ehhhh bodoh punya dog. Sampai rumah tu my M.I.L kasih tahu sama my B.I.L yang tu dog terkam tu postman sama harap harap tu postman tidak buat complain. Tapi bagus juga lah tu postman tidak juga dia buat complain.

Nah yesterday my B.I.L call kasih tahu my hubby yang dorang tidak ada dog sudah. My hubby cakap kenapa what happen. Well, dia bilang tu dog terkam jiran dorang, so tu jiran dorang buat complain di jabatan haiwan lah tu. Tapi sebelum ada orang dari tu office datang pigi rumah dorang kan, my B.I.L sudah bawah tu dog pigi di jabatan haiwan. Sampai saja dia di sana ah.. dia kasih tahu lah yang dia tidak mahu sudah ni dog, tu orang di office tanya juga kenapa sama dia mesti mahu isi borang juga. My B.I.L kasih tahu lah yang ni dog terlampau ganas sama banyak sudah orang kena gigit. Kalau di sini ni begitu lah, kalau tu dog yang ganas kan tidak boleh kasih pass sama orang lain atau tidak boleh jual balik. Dorang mesti bawah tu dog di sini ni Jabatan haiwan. Anyway, so you tahu apa dorang buat dengan ni dog?, Kesian tau. Dorang kasih jarum, sampai tertidur(mati) lah tu. Ya dorang kasih mati tu dog bah kesian juga saya dengar tapi apa boleh buat lah terlampau ganas sama kuat mengigit orang bah tu lah. Mesti sedih ni my B.I.L sama my M.I.L. Well, R.I.P Eddie..ya nama tu dog Eddie heheh.

Anyway, got more videos here, please enjoy k...


TUARAN CROCODILE FARM..



TUARAN CROCODILE FARM PART 2..



MY COUSIN WEDDING..



LOK KAWI WILDLIFE PARK..



LOK KAWI WILDLIFE PARK PART 2..



LOK KAWI WILDLIFE PARK PART 3..



LOK KAWI WILDLIFE PARK PART 4..



LOK KAWI WILDLIFE PARK PART 5..



TO BE CONTINUE...


Comments

Kniedaz said…
nasib baik itu dog tak gigit si cute abi..i'm sure your hubby mengamuk nanti!
CathJ said…
Bikin takut ooo... kesian juga kena kasih tidur kan...tapi lebih baik lah mcm tu...dari ada org yg mati kena gigit..

same lah jiran depan kami ni... beli anjing byk2... lepas tu suka2 kasih lepas, supaya tu anjing pi berak... nah habis depan rumah kami kena berak2... baru ganas lagi tu anjing tu...

skrg kalau dia lepas tu anjing, and if the dog go infront my hse.. saya halau...depan2 mata dia.. apa boleh buat... tak kan saya biar dia berak mcm tu saja...

nanti saya mau blog tu pasal anjing tu... geram... mentua saya pun merajuk sudah...hahahah pasal tu anjing jiran... and owner yg tiada tanggung jawap...
Hi SJB, wahhh I have been missing too many of your posts. Banyaknya video. Nanti I tengok satu2. And your little princess tu geramm sungguh and am glad that she is alright now. I love her headband, super cute!!
Flo Alfera said…
Adehhh ganas juga anjing tu...tapi kacian juga kan kena kasi "tidur" tapi kalo untuk kebaikan semua orang mungkin itu cara yg terbaik...yg bikin takut lagi kalo anjing tu ada penyakit then pi gigit orang...duh! palis palis.
carolchs said…
aiya, mcm sia yg rasa mo marah your BIL sebab irresponsible. you know, thats what i meant about sending dogs to obedient school yg dlm blog sia tu. responsible owner mesti send anjing dia pigi obedient school or kalau ndak sanggup, mesti train itu anjing supaya dia tau bila dia patut berhenti salak or serang org.

poor eddie.
kesian bah itu anjing, sebab sudah nama dia anjing kan?
Fely said…
Wah, such a naughty dog. Kalau di sini UK, tuan punya anjing yg menggigit-gigit ni, buli kena saman oh, on the grounds of life endangerment. But dogs and children can be a tricky mix anyway, kan? X
(Kniedaz) - I know, bikin takut juga kan.


(Cath J) - Ya kesian saya dengar, tapi apa boleh buat lah kan.

Ehhh teruk juga tu, dorang tidak scoop tu tahi anjing? hahahah. Kalau di sini mesti oh kalau tidak boleh kena saman tapi ada juga orang yang tidak scoop tu tahi anjing. Bodoh punya orang.


(Eine Frau aus Botnang) - Ya,banyak videos ni hehehe. Tak apa kalau you ada masa ah tengok lah hehehe. Thanks.


(Flo Alfera) - Ya bah ganas betul. saya pun takut oh hehehe. Betul juga tu untuk kebaikan semua orang.


(Chegu carol) - Tu lah bah tu, kalau jenis macam your punya dog tu tidak apa sebab kecil kan hehehe. Ini besar bah. Besar sikit dari si abigail. Sama tidak ada orang yagn mahu ajar ni dog tu lah tu kesian juga. sebab my BIL selalu kerja, my MIL pulak mana lah dia larat tu mahu ajar tu dog. mahu hantar pigi school pun mahal. Nah, siapa punya salah ni?. yang tergadai nyawa siapa lagi kalau bukan si eddie kan. Kesian betul bah. Apa boleh buat lah kan.


(Willie a.k.a Reptoz) - Apa boleh buat lah kan.


(Fely) - Same here lah tu, tapi tak kan my hubby mahu saman her brother kan hehehe. Apa boleh buat lah kan yang penting si Eddie sudah R.I.P.
Deanona said…
best jg baca pasal c eddie ni. sa pun teikut2 emo jg. mula2 marah tu anjing p terkam2 org, last2 sedih jg sa baca tu anjing kena kasi tidur. huhuhu
Deanona - Ya saya pun begitu tu. Waktu tu dog masih lagi hidup kan, benci betul saya tu hehehe sekali sudah dia kena kasih tidur eh...sedih lah pulak. Apa boleh buat lah kan.